Sejarah komputer peribadi

Sejarah komputer peribadi sebagai satu pasaran peranti elektronik pengguna pukal boleh dikatakan bermula pada tahun 1977 dengan pengenalan mikrokomputer, sungguhpun beberapa komputer kerangka utama dan komputer utama telah digunakan sebagai sistem pengguna tunggal sebelumnya. Sebuah komputer peribadi adalah dimaksudkan bagi kegunaan individu secara interaktif, berbanding dengan komputer kerangka utama di mana permintaan pengguna akhir ditapis melepasi kakitangan operasi, atau sistem perkongsian masa di mana satu pemproses besar dikongsi oleh ramai individu. Selepas pembangunan mikropemproses, kos komputer peribadi individu adalah cukup rendah sehinggakan ia akhirnya menjadi barangan pengguna yang berpatutan. Komputer peribadi awal - pada umumnya dipanggil mikrokomputer - telah dijual selalunya dalam bentuk kit elektronik dan dalam jumlah yang terhad, dan diminati kebanyakannya lebih kepada penggemar dan juruteknik.

Enam tahun berikutnya, para pengilang mengambil risiko dengan merujuk produk mereka dengan cara ini, apabila Hewlett-Packard mengiklankan "Pengkomputeran Berkuasa Genie" mereka sebagai "Komputer peribadi Hewlett-Packard 9100A yang baru". [1] Iklan ini telah dianggap terlalu melampau untuk sasaran penonton dan digantikan dengan iklan lebih biasa bagi kalkulator HP 9100A boleh diprogramkan.[2][3]

Sepanjang tujuh tahun berikutnya, frasa tersebut telah mendapat pengiktirafan yang cukup apbila majalah Byte menerbitkan edisi pertama, ia merujuk kepada pembacanya sebagai "[dalam] bidang pengkomputeran peribadi", [4] dan Pengkomputeran Kreatif menakrifkan komputer peribadi sebagai "sistem bukan perkongsian masa yang mengandungi kuasa pemprosesan dan keupayaan penyimpanan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna individu"[5] Dua tahun berikutnya, ketika apa Byte mengelarkan "1977 Triniti" bagi komputer kecil pra-dipasang melanda pasaran,[6] Apple II dan PET 2001 telah diiklankan sebagai komputer peribadi,[7][8] manakala TRS-80 telah digambarkan sebagai mikrokomputer yang digunakan untuk kerja-kerja di rumah termasuk "pengurusan kewangan peribadi". Menjelang 1979 lebih setengah juta mikrokomputer telah dijual dan belia pada hari ini mempunyai satu konsep baru komputer peribadi.[9]

  1. ^ "9100A desktop calculator, 1968" (PDF). Hewlett-Packard. Dicapai pada 2008-02-13. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ Hewlett-Packard (October 25, 1966). "Restoring the Balance between Analysis and Computation" (PDF). Science Magazine. 169 (3852): 409. Dicapai pada 2008-02-13.
  3. ^ Shapiro, F.R.; Shapiro, F.R. (December 2000). "Annals of the History of Computing". IEEE Annals of the History of Computing. IEEE Journal. 22 (4): 70–71. doi:10.1109/MAHC.2000.887997.
  4. ^ Carl Helmers (October 1975). "What is BYTE". BYTE. m/s. 4, col 3, para 2. Dicapai pada 2008-02-13.
  5. ^ Horn, B. (May 1975). "Personal Computers". Datamation. m/s. 11. Dicapai pada 2008-02-13. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  6. ^ "Most Important Companies". Byte. September 1995. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-18. Dicapai pada 2008-06-10.
  7. ^ "Birth of an Industry 1976–77". Apple Computer Inc. advertisements. Kelley Advertising and Marketing. Dicapai pada 2008-06-14. Introducing Apple II. You've just run out of excuses for not owning a personal computer.
  8. ^ "Oldest Known Commodore PET Brochure". Dicapai pada 2008-06-14.
  9. ^ Jeremy Reimer (December 14, 2005). "Total share: 30 years of personal computer market share figures; The 8-bit era (1980–1984)". Ars Technica. m/s. 4. Dicapai pada 2008-02-13.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search